Program Dilea Tuisyen Sejarah
14 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah Program Dilea Tuisyen Sejarah Tingkatan 1, 3 dan 4 telah dianjurkan di NADI Pekan Kubu Gajah pada 14 Februari 2026 sebagai salah satu usaha membantu meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik pembelajaran yang berkesan, pemahaman fakta sejarah yang tepat serta kemahiran menjawab soalan dengan lebih sistematik. Melalui sesi ini, pelajar dapat mengukuhkan penguasaan topik-topik penting serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan.
Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah serta membentuk sikap rajin, berdisiplin dan bersemangat dalam menuntut ilmu, sekali gus melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berwawasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: